Ahad, 11 Oktober 2009


VIDEO KLIP SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN
GURU BESAR: PN LEE HOOI GAIK
DAN AKTIVITI SEPANJANG 2009 DI SJK ( C ) CHAP KHUAN, BATU ARANG

Ustaz sebagai wakil kepada guru-guru di SJK ( C ) Chap Khuan Batu Arang ini ingin mengucapkan tahniah kepada cikgu Lee kerana telah diberikan kepercayaan untuk menjadi guru besar di sebuah sekolah wawasan di negeri Selangor ini. Kami juga warga pendidik di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa baik cikgu Lee selama menjadi pentadbir di sekolah ini.
Ustaz dan murid-murid Islam di sekolah ini juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada cikgu Lee kerana menyediakan kemudahan bilik agama dan bilik pemulihan yang sangat selesa. Tidak lupa juga sumbangan cikgu Lee membelikan peralatan BBM pendidikan Islam yang akan kami manfaatkan sepenuhnya. Banyak lagi jasa cikgu Lee kepada sekolah SJK ( C ) Chap Khuan ini yang tidak dapat kami tuliskan di sini. Semoga cikgu Lee diberikan nikmat kesihatan dan dimurahkan rezeki dan sentiasa success di sekolah yang baru...Terima Kasih cikgu Lee, jasamu amat kami kenangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ceramah Agama