Ahad, 17 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan 2010 di sekolah kami.

Guru besar En. Ng Keong Chye sedang menyampaikan ucapan. Banyak pesanan dan nasihat yang telah diberikan oleh beliau kepada murid-murid diantaranya pada tahun 2010 murid-murid mesti meningkatkan usaha untuk berjaya dalam pelajaran. Tidak lupa juga pesanan beliau kepada guru-guru supaya lebih dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa.

Tahun 2010, banyak pembaharuan telah dilakukan oleh pihak pentadbiran diantaranya ialah keceriaan sekolah, kemudahan-kemudahan di bilik guru dan kelas serta pengawas yang mempunyai identiti baru iaitu memakai kemeja biru. Syabas pihak pentadbiran.

Murid-murid sedang khusyuk mendengar taklimat dari ketua pengawas. Disiplin murid juga baik disamping kerjasama dari ibubapa yang amat prihatin.






Ahad, 11 Oktober 2009

Sekolahku-SJK ( C ) Chap Khuan

;

Website ini dibangunkan dengan tujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan pengunjung tentang apa sahaja maklumat berkaitan dengan pendidikan dan sebarang aktiviti yang diadakan di sekolah saya.Selain itu, website ini juga adalah berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah cina atau tamil (SJKC atau SJKT). Saya juga akan cuba berkongsi apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan sama ada melalui artikel yang diambil dari internet atau apa sahaja bahan yang boleh memberikan manfaat kepada semua terutamanya para pendidik.Sebarang cadangan atau idea yang baik amatlah dialu-alukan supaya website ini lebih bermanfaat. Sebarang cadangan bolehlah disampaikan melalui ruang comment di bawah atau melalui email saya abuthaqif72@gmail.com.

KAMI BERADA DI SINI;


View Larger Map

Berkenalan dengan Guru Besar kami;

















Nama : NG KEONG CHYE

Asal : Pulau Pinang

Inst.Perguruan : Maktab Perguruan Ipoh ( Kampung Manjoi )

Pendidikan Tertinggi : OPEN UNIVERSITI MALAYSIA
(Sarjana Muda Pendidikan Rendah dengan Kepujian)

TempatTinggal: Setia Alam,Kelang, Selangor.
Harapan beliau ;

1) Sosial, harmoni dan mesra
2) Amalan gaya hidup sihat
3) Pengurusan Cekap dan Tepat
4) Profesional
5) Peningkatan akademik 6% (dari TOV semasa)

TERAS KURIKULUM ;

1) Perancangan dan persediaan
2) Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan
3) Penilaian 3 M
4) Pengukuhan dan Pemulihan
5) Post Mortem

HOUSE KEEPING ;

1) Pejabat
2) Pengurusan Bilik Darjah
3) Taman Sekolah
4) Tandas
5) Bilik-bilik matapelajaran
6) Kemaskini Panatia

PERSONALITI GURU ;

1) Pakaian kerja
2) Komited
3) Toleransi-kesabaran
4) Hormat-menghormati
5) Harmoni-mesra

8 Teras Nilai-Nilai Murni ( Ti' Che Kui ) ;

1) Menghormati ibubapa 5) Integriti atau kebolehpercayaan
2) Menyayangi adik beradik 6) Menepati janji (kata dikota)
3) Menghormati orang lain 7) Setia kawan
4) Setia kepada negara 8) Bermoral

6 Nilai yang perlu dibuang dalam diri ;

1) Sombong (tidak kedekut ilmu)
2) Mengikut hawa nafsu
3) Malas
4) Tamak
5) Suka menunjuk-nunjuk
6) Materialistik




Gambar semasa Kursus LADAP di bawah pimpinan beliau;






VIDEO KLIP SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN
GURU BESAR: PN LEE HOOI GAIK
DAN AKTIVITI SEPANJANG 2009 DI SJK ( C ) CHAP KHUAN, BATU ARANG

Ustaz sebagai wakil kepada guru-guru di SJK ( C ) Chap Khuan Batu Arang ini ingin mengucapkan tahniah kepada cikgu Lee kerana telah diberikan kepercayaan untuk menjadi guru besar di sebuah sekolah wawasan di negeri Selangor ini. Kami juga warga pendidik di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan jasa baik cikgu Lee selama menjadi pentadbir di sekolah ini.
Ustaz dan murid-murid Islam di sekolah ini juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada cikgu Lee kerana menyediakan kemudahan bilik agama dan bilik pemulihan yang sangat selesa. Tidak lupa juga sumbangan cikgu Lee membelikan peralatan BBM pendidikan Islam yang akan kami manfaatkan sepenuhnya. Banyak lagi jasa cikgu Lee kepada sekolah SJK ( C ) Chap Khuan ini yang tidak dapat kami tuliskan di sini. Semoga cikgu Lee diberikan nikmat kesihatan dan dimurahkan rezeki dan sentiasa success di sekolah yang baru...Terima Kasih cikgu Lee, jasamu amat kami kenangi.

Isnin, 10 Ogos 2009

Ceramah Agama