Ahad, 17 Januari 2010

Hari Pertama Persekolahan 2010 di sekolah kami.

Guru besar En. Ng Keong Chye sedang menyampaikan ucapan. Banyak pesanan dan nasihat yang telah diberikan oleh beliau kepada murid-murid diantaranya pada tahun 2010 murid-murid mesti meningkatkan usaha untuk berjaya dalam pelajaran. Tidak lupa juga pesanan beliau kepada guru-guru supaya lebih dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa.

Tahun 2010, banyak pembaharuan telah dilakukan oleh pihak pentadbiran diantaranya ialah keceriaan sekolah, kemudahan-kemudahan di bilik guru dan kelas serta pengawas yang mempunyai identiti baru iaitu memakai kemeja biru. Syabas pihak pentadbiran.

Murid-murid sedang khusyuk mendengar taklimat dari ketua pengawas. Disiplin murid juga baik disamping kerjasama dari ibubapa yang amat prihatin.






Ceramah Agama